Selasa, 15 Mac 2016

Gambar: Asrama Puteri Desa View


Alhamdulillah..
Syukur atas segala nikmat yang Allah beri selama ini..

Assalamualaikum w.b.t. semua..
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini..
Saya taklah seberapa pandai di dalam penggunaan blog, namun saya cuba berkongsi apa yang terbaik buat awak semua..

Hari ini saya berminat untuk berkongsi dengan awak semua berkenaan dengan asrama.
Sebelum saya bertukar ke Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) hingga saya kini telah pun berada di semester 3 tahun kedua, saya pernah memasuki International Islamic College (IIC) dalam pengambilan kos Diploma in Islamic Studies with Science Contemporary.

Tapi sayang,
saya hanya ada di sana beberapa hari sahaja.
Ada beberapa perkara yang menyebabkan saya terpaksa keluar dari IIC..
Namun,
ada juga kerinduan.
Teringat sepanjang hari yang berlalu.
Jadi saya ingin berkongsi dengan awak semua gambar suasana asrama yang pernah saya duduki, iaitu Asrama Puteri Desa View..






 
 
Inilah gambar suasana di dalamnya..
Selepas ini saya akan berkongsi gambar suasana asrama/rumsis di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)..
Tunggulah kemunculannya nanti.....
:D

Isnin, 14 Mac 2016

Puisi: Terima Kasih untuk Kehadiran

Sekian lama menyepi, ruang kosong di dalam hati terisi. 
Kata-kata terucap, perasaan yang sukar terungkap. 
Namun, 
melankolik menguasai diri. 
Ku dihadapan manusia hadir tanpa sepi, tapi yang mengetahui diri, 
hanya Dia yang selalu ada menemani.  
 
Babak demi babak aku cuba pertahankan. 
Diam membisu bibirku kelu, namun hatiku hanya Allah yang tahu. 
Keadaan diperlihatkan terbentang luas dihadapan. 
Soal cinta yang terpaksa ku ketepikan, soal persahabatan yang terpaksa aku rungkaikan. 
Sehingga tapak kukuhku goyah, tak terdaya aku untuk kehadapan. 
 
Sedalam yang terungkai, aku sendiri lemas dalam pencarian. 
Menapak aku dalam kegagalan, timbul pula kemaslahatan. 
 
Dalam kufikirkan, 
adakah perlu aku tinggalkan. 
Makna-makna yang tersembunyi hadir dalam menemani walau hanya dizahirkan perbuatan.
Hendak ku tangis namun tiada penggunaan.
Hanya raut dapat ku alih menyembunyikan perasaan.
 
Terima kasih untuk kehadiran. 
Menemani hari dengan senyuman. 
Dalam lantas mencari keikhlasan. 
 
Terima kasih untuk sekian lama ini.
Ku doakan bahagia mu bersama insan yang tersayang disisi.
 
- Nur Ishak -

Khamis, 25 Februari 2016

Jika Berlainan Penerimaan Manusia Terhadap Diri

Andai rasa diri tidak diterima ramai, 
Andai rasa diri dibenci ramai, 
Andai rasa diri ditertawa ramai. 

Andai rasa tertekan dengan keadaan sekeliling, 
Andai rasa tidak mahu hidup dengan sekeliling, 
Andai rasa bergelora dengan sekeliling, 
Andai rasa bukan tempatmu dengan sekeliling. 

Andai rasa tidak layak bergembira, 
Andai rasa tidak layak bersuara, 
Andai rasa tidak layak bahagia, 
Andai rasa tidak layak untuk hidup didunia. 

Apa saja rasa yang menjatuhkanmu, 
Apa saja rasa yang melemahkanmu, 
Apa saja rasa yang membinasakanmu, 
Apa saja rasa yang mendosakanmu. 

Hanya satu pesananku terhadapmu. 
Biar dunia menyepi, asal syurga menari-nari. 

Biar bagaimanapun persepsi buruk mereka terhadapmu, 
Biar bagaimanapun hinanya dimulut mereka terhadapmu, 
Biar bagaimanapun kejinya pandangan mereka terhadapmu, 
Biar bagaimanapun pendosanya dihati mereka terhadapmu. 

Biarkanlah, 
Biarkan. 

Lukmanul Hakim, 
Tidak terkenal dizamannya, 
Namun dijulang al-Quran sepanjang zaman. 

Uwais Al-Qarni, 
Tidak pernah sempat bertemu nabi, 
Fakir pengembala tiada apa, 
Walau tinggal sezaman dan hati keingini, 
Tapi disebut-sebut Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga. 

Isnin, 18 Mei 2015

Kehadiran Ulang Tahun Ke-19

Assalamualaikum.. 
 
Hari jadi aku makin tiba. 20 Mei 2015. Hari aku menjejak usia 19 tahun. Hari yang tetap sama seperti dahulu dan tiada perubahan dari segi menyambutnya. 
 
Tanpa kek, 
Tanpa sahabat handai meraikannya.. 
Hari yang tetap berjalan seperti hari-hari biasa.. 
 
Itulah hidup aku dari dahulu hingga kini. 
Aku tak seperti yang lain, dalam kemewahan, keriangan menyambut hari lahir masing-masing. 
Aku tetap aku seperti 18 tahun yang dulu. Manusia yang selalu berharap yang terindah dalam hari jadi aku namun ia takkan pernah berlaku. 
 
Tapi, 
Aku dikurniakan mak ayah yang selalu mendoakan kebahagiaan aku, kesejahteraan aku. 
Doa yang tidak putus-putus dari dulu hingga kini. 
Doa yang tidak perlu menunggu hari jadi aku untuk mendoakannya. 
Doa yang sentiasa ada hari-hari. 
Doa yang mengiringi hidup aku setiap hari. 
 
Alhamdulillah..
Itulah hadiah daripada mak dan ayah setiap hari. 
Walau aku tak mendapat seperti manusia lain dapat, 
tapi aku dapat apa yang perlu aku dapat.. 
 
DOA DAN KEBERKATAN.....

Jumaat, 10 April 2015

CERPEN : BUKAN KERANA RUPA

Berborak dengan seorang senior. Dia berkulit gelap, chubby dan boroi. Macam mamak sikit. Isterinya juga lebih kurang dengan dirinya.

Disebabkan dia ni sporting, sengaja ku ajukan soalan kepadanya. Masa tu isterinya pergi mencari  sayur. Dia duduk di sebelah membelek-belek tembikai.

“Maaf tanya, bang. Abang tak terfikir ke masa nikah dulu, nak dapatkan isteri yang cantik?”

Dia tersentak. Mungkin soalan tu agak direct. Tapi, dia senyum saja. Orang matang, kan.

“Siapa yang tak nak isteri cantik. Lelaki mana yang tak nak?Tapi, bukan sekadar itu yang patut kau nilaikan. Bukan setakat rupa dan fizikalnya. Kau patut pergi  lebih jauh dari skop sempit tu.”

Aku berkerut kening.

“Maksud abang?”

Dia tergelak.

“Macam tembikai-tembikai depan mata kau ni. Adakah kau nilainya semata-mata dari kulit luaran? Tidak, kan?

Untuk bahagia, kau kena letakkan ketepi soal rupa. Soal agama letak yang utama. Soal jawab dia,  sekurang-kurangnya solat 5 waktu tu cukup. Aurat tutup. Sempurna atau tak tu belakang kira, sebab tugas  mendidik di bahu kau.

Then, kau kena fikir keluarganya. Kau boleh masuk tak dalam keluarga dia? Kau boleh kamceng ke  tak dengan mak ayah dia, adik-beradik dia? Kau jangan pilih mentua yang pernah menyindir, menghina diri kau.

Contoh, pekerjaan kau dipertikaikan, gaji kau diungkitkan. Lama-lama, sabar kau cuma akan membawa kepada sakit hati, akhirnya jadi dendam bila benci mulai  bertapak di sanubari.

Mulalah kau tak nak balik rumah mentua sebab tak suka dengar, tak suka tengok muka. Dengan adik-beradik dia pun begitulah juga. Nilaikan semua.

Bernikah ni, bukan setakat dengan dia. Tapi, seluruh keluarga dia. Dia saja baik, tapi keluarganya  layan kau dengan buruk, kau jangan keraskan hati nak jugak. Kau berundur saja.

Pilih yang menyenangkan hati kau. Keluarga yang boleh menghormati dan menyayangi kau, 
menerima kau seadanya kau. Barulah kita rasa suka ziarah mentua, hati lapang.

Bukan kau saja yang mereka terima, tapi keluarga kau juga mereka reda terima. Timbul rasa syukur 
dapat keluarga baru macam tu.

Seterusnya, kau kena nilaikan. Dia sendiri. Dia cerewet atau tidak. Kalau cerewet, kau jangan  teruskan. Pilih yang lain.

Kau takkan senang duduk, nak berehat sikit pun tak boleh asyik membebel. Suruh itu dan ini. Queen control kau. Tak boleh macam tu.

Pilih yang bertolak ansur dan sederhana. Dia tak kisah tak ada aircond, janji ada kipas meja pun dah  ok. Tak ada meja makan, makan bersila pun tak mengapa.

Tak ada kereta, naik motosikal pun tak jadi masalah baginya. Tak ada duit, dia tak mengeluh. Dia ada duit, dia kongsikan dengan kau.

Kau ada duit, kau pula belanja dia macam-macam. Begitulah hidup suami isteri dan nak bentuk keluarga yang bahagia.

Bukan kerna rupa. Bila hati tenang, ibadah pun lenang. Dia tenang, keluarga dia tenang. Semua orang tenang. Apa lagi yang tak cukup?”

Aku senyum saja mendengar kata-kata abang tu. Dia menambah sedikit di hujungnya,

“Sebab itulah aku pilih isteri aku. Atas sebab-sebab yang aku sebutkan tadilah. Kulit hitam ke putih ke, lemak banyak ke sikit ke, takkan pernah  memuaskan nafsu mata.

Kalau kau nak ikut nafsu mata, mata takkan pernah puas. Tapi kalau kau ikut kata iman, kau akan  hargai segala yang kau ada. Segala yang realiti di depan mata.”

Aku salam tangannya. Hulurkan tembikai padanya sebagai hadiah. Ilmu yang lebih mahal harganya  dari tembikai-tembikai yang aku jual.


Aduh. Bila Tuhan mahu menjentik hati.

Ahad, 5 Oktober 2014

Jodoh Ketentuan Allah




Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?
Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.
Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Khamis, 3 Julai 2014

CERPEN : Ilmu vs Lelaki


Ana berhenti di hadapan papan kenyataan di tepi Dewan Minangkabau, yakni dewan utama dalam kolejnya. Matanya bergerak teliti mengikuti jari telunjuknya yang bergerak melepasi nama-nama di kertas yang dilekatkan. 'Ish, mana la nama aku.' Ana mengomel. Penat dia mencari namanya tetapi tidak jumpa-jumpa. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Ana baru habis kelas Biology. Penat yang ditanggung otaknya tidak hilang lagi.

    "Aha!~" Ana sedikit menjerit. Pantas beberapa pasang mata memandangnya hairan. Ana segera menutup mulut dengan tangannya kerana dia pun terkejut.

    "Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah," hatinya gembira bukan kepalang. Dia menjadi antara top student dalam kolejnya. Bahkan top student dalam kelasnya dan...... KULIAHNYA!~ 'Subhanallah!~ rezeki berbentuk apa ni yang Allah,' Sebutir air mata kegembiraannya mengalir di pipi Ana. Tanpa berkata apa, Ana bergerak pantas ke biliknya dengan tersenyum bak kerang wangi yang di masak sweet sour.

    "Assalammualaikum," Ana memberi salam sambil menguak pintu biliknya yang tak berkunci. Tahulah dia yang kawan sebiliknya, Afiqah berada di dalam. Bilik Ana yang berada di tingkat 1 memudahkan dirinya untuk pulang dan pergi ke kolej walaupun berulang-ulang kali. Afiqah menjawab salamnya.

    "Ni yang tersenyum macam mintak nasi goreng buku ni kenapa?" Afiqah bertanya sambil tangannya ligat mencatat sesuatu di mejanya.

    "Guess what?" Ana bersuara. Afiqah meletakkan pen di atas mejanya.

    "Hmmm. Top student dalam kuliah. Tahniah la Ana," Afiqah berkata malas. Afiqah bangun dan mencapai tuala dan barang-barang mandian. Ana mengangkat keningnya sebelah. 'Kenapa pulak dengan kawan aku sorang nie,' Ana berbisik dalam hatinya.

    "Hey, sayang. Kenapa ni?" Ana bergerak mendekati Afiqah. Segera sahaja bahu Afiqah dipeluk. Afiqah yang lebih rendah dari Ana memudahkan ana berbuat sedemikian.

    "Fiqah sedih la. Tak dapat jadi top student," Afiqah berkata sayu. Kepalanya menunduk ke lantai.

    "Laaa.. Tu ja?" Ana bertanya kembali. Afiqah mengangguk lemah.

    "Yang tu tak penting la Fiqah. Yang penting Final exam nie. Ada lagi sebulan lebih. Pointer Final exam is more important than pointer mid sem exam. Am I right?" Afiqah diam.

    "Ok tak ni?" Ana bersuara lagi.

    "Ok la kowt," Afiqah menjawab ringkas.

    "Ana," Afiqah memandang Ana. Sebutir air mata jernih menghiasi pipinya.

    "Ya?"

    "Ajar Fiqah ea supaya jadi pandai macam Ana," Afiqah dan Ana msing-masing tersenyum.

    "Boleh saja. Tapi jangan bergantung harap dekat Ana ja. Kepada Allah lebih utama. Ok?" Ana mengenyitkan matanya kepada Afiqah. Afiqah ketawa kecil.

    "Fiqah."

    "Hmmm?"

    "Busukla Fiqah nie," Ana bersuara. Afiqah membulatkan matanya. Lalu tangan kanan milik Afiqah digumpal dan ditumbuk lembut ke perut Ana. Tawa mereka meletus.

    "Eii. Dia pun busuk jugak. Dah la. Orang nak pergi mandi ni," Afiqah berlalu keluar semetara ketawa masih berbaki menghiasi bibir Ana.

 

 "SO, macam mana Ana Sofea," Cikgu Nasir bertanya. Anak muridnya itu terdiam.

     "Tak faham lagi la Cikgu. Macam complicated ja. Boleh Cikgu terangkan lagi?" Ana tersenyum minta dikasihani. Cikgu Nasir mengambil pen di tepi kertas dan menulis semula sambil mulutnya rancak menerangakn formula Kimia. Ana tekun mendengar penerangan Cikgu Nasir.

     "Faham?" Cikgu Nasir bertanya. Baginya kefahaman setiap pelajarnya menjadi keutamaan.

     "InsyaAllah saya faham, Cikgu," Ana tersenyum puas.

     "Macam mana dengan kelas petang yang dianjurkan kolej?" Cikgu Nasir bertanya.

     "So far, ok la Cikgu. Tapi penat sikit. Kadang-kadang tak dapat nak focus sebab penat sangat," Ana menjawab sambil dahinya berkerut. Gaya orang tua lagaknya.

    "Belajar dan kesusahan memang tak dapat nak dipisahkan. Betul kan?" Cikgu Nasir bertanya. Ana sekadar mengangguk.

    "Jadi kamu kena kuat. Penat ni tepis dulu ke tepi. Kalau kamu rasa pahit sekarang, InsyaAllah nanti kamu akan rasa manisnya. Imam Syafie pernah berkata 'Jika kamu tak sanggup menanggung lelahnya menuntut ilmu, kamu akan menanggung pedihnya menjadi bodoh,'" Cikgu Nasir berhenti seketika. Lalu menbetulkan kedudukannya.

    "Anggap diri kita nie macam telaga. Jangan anggap seperti cawan. Cawan, kalau kita letak air sampai penuh, then ditambah kopi sesudu, kita rasa tak pahitnya?" Cikgu Nasir bertanya kepada Ana. Ana mengangguk.

    "Tapi kalau kita letak air dalam telaga sampai penuh, then ditambah sesudu kopi, mesti kita tak rasa pahitnya kan?" Ana mengangguk lagi.

    "Kopi tu ibaratkan ujian yang mendatang. Kita sebagai orang Islam perlu jadi macam telaga, di mana bila ujian datang, kita tak terkesan pun. Itu baru orang Islam yang bagus," Cikgu Nasir berhenti berkata-kata sambil sebuah senyuman terukir di bibir. Ana terpana. Sungguh Cikgu Nasir ni bukan calang-calang guru. Di dalam kelas pun, ketika mengajar, ilmu rohani selalu diselitkan kepada pelajar-pelajarnya. 'Bertuah badan kalau semua guru mcm ni,' Ana berbisik.

    "Ok Ana Sofea?" Cikgu Nasir bertanya lagi.

    "Ok Cikgu. Syukran atas pengkongsian mendidik jiwa. Saya perlu pergi dulu Cikgu. Nak pergi unit Mathematics," Ana bercakap sambil memandang jam. Ana bangun dan memberi salam. Selepas salam dijawab ana terus keluar dari unit kimia dan menuruni anak tangga. Tapak demi setapak. Tiba-tiba...

   "Ehhhh!~" Ana sedikit menjerit. Buku-bukunya terjatuh. Lelaki di hapadan Ana juga terkejut. Hampir-hampir dia melanggar Ana. Ana membulatnya matanya. Marah. Mana taknya. Orang jalan tengok jalan, tapi mamat nie jalan tengok handphone. Ana tunduk dan mengutip buku-bukunya. Lelaki itu turut membantu. Selepas selesai lelaki itu menghulurkan buku-buku yang dikutipnya kepada Ana.

   "Maaf, saya tak perasan tadi," lelaki itu bersuara. Ana mengangkat sebelah keningnya.

   "Lain kali mata tu tengok la jalan. Bukan tengok handphone. Handphone tu tak bagi direction pun dekat anta," Ana bersuara agak kasar. 'Wow. garang jugak minah ni. Harap tudung ja labuh, Tempias macam batu' lelaki itu berbisik dalam hatinya.

   "Erk. Maaf. Tak sengaja," lelaki itu senyum bak kerang minta penumbuk.

   "hmmm," Ana tunduk dan berlalu pergi. 'eh tak bagi salam pulak minah ni' Lelaki itu berkata geram.

   "Assalammualaikum!~ Jalan tu elok-elok. Jangan tunduk bawah sangat. Nanti terlanggar tiang!~" lelaki itu bersuara agak kuat kerana jarak Ana darinya agak jauh jauh.

   "Wa'alaikumsalam," ana menjawab dalam hati. Ya Allah. Janganlah bagi aku jumpa dengan mamat senget tu lagi.

   "Awesome," lelaki itu tersenyum nipis.

 

 "HUH, ramainya," Ana memandang kawasan perhimpunan. Jam menunjukkan  pukul 8 pagi. Lagi 15 minit perhimpunan rasmi kolej akan bermula. Ana mengambil tempat di tepi laluan pelajar. Senang sikit untuk dia beredar apabila habis perhimpunan nanti. Ana lebih suka bergerak seorang diri apabila berada di kolej. Susah kalau bergerak dengan kawan-kawan yang belum tentu perangainya macam mana. Nak jumpa gurukah? tak kah? Nanti macam-macam ragam pula. Terikat bagai. Ana teringat kawan sekelasnya yang terikat dengan kawan 'baiknya'. Baik apa kalau sekat pergerakan kita nak mencari ilmu.

    "Assalammualaikum," satu suara yang agak garau memberi salam. Ana mengerutkan dahi. Suara lelaki itu macam Ana kenal. Ana menolehkan kepalanya ke belakang. Erk!~ Mamat semalam. Salam dibalas.

   "Boleh tak awak duduk tengah-tengah sikit. Jangan duduk sini. Nanti kalau ada student terpijak siapa susah? haaa. Saya jugak yang susah," lelaki itu berkata. 'ish, kenapa pulak dia nak susah kalau aku kena pijak. Adeh,' Ana mengumal.

   "Hmm.." Ana seperti biasa bangun dan mencari tempat lain. Kepala Ana sedikit ditinggikan. 'Ish, nak duduk kat mana la nie. Macam dah penuh.' Ana berbisik sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   "Tu di depan tu ada kerusi kosong. Duduklah di sana," Tiba-tiba lelaki tu bersuara. Ana agak terkejut. Jarak mereka betul-betul dekat. 'Kalau tak ada orang di sini dah lama aku angkat silat kat mamat ni, ya Allah, geram betul hati aku,' Ana berlalu tanpa berkata apa.

   "Good girl. Dengar cakap," lelaki itu tersenyum nipis. Ana mengambil tempat dibarisan paling hadapan. Ada lagi 2 ke 3 kerusi kosong di bahagian ini.

 Majlis dimulakan dengan surah Al-Fatihah dan diikuti bacaan doa. Selepas pengerusi majlis memberi pembuka kata, dia menjemput wakil pelajar di kolej ini. Selepas wakil itu mengambil tempat di atas pentas, dia mencari-cari bayang Ana. Senyumannya semakin melebar apabila terlihat Ana tertunduk-tunduk. 'Baru tahu siapa aku,' Zahir tersenyum bangga.

    Ana sedikit terkejut. 'Lelaki tu? Syed Zahir bin Syed Mohamed al-Idrus? Wakil pelajar? Allah! Kenapa la aku tak perasan selamani.' Ana menepuk dahinya.

 

 ZAHIR meniti anak tangga menuju ke unit matematics. Final exam just around the corner. Zahir yang selalunya sibuk dengan hal-hal pengerusan pelajar di kolej, kini bertambah sibuk dengan pelajarannya. Selepas dia bertanya beberapa soalan kepada gurunya, dia ingin menyambung buat latihan di unit mathematics. Lantas sepasang kakinya menuju ke tempat pelajar yang disediakan sambil matanya tertumpu pada latihan mathematics yang ingin diselesaikannya.

    "Gedubuk!~" Zahir tentendang kaki meja. Agak kuat. Dirinya mengaduh kecil. Ana yang tadinya yang sedang menulis sesuatu di meja jadi terkejut. Habis kertas yang ditulisnya kini agak comot dengan gegaran yang dibuat Zahir. Pantas matanya menangkap kehadiran Zahir.

    "Lah. Anta lagi. Kenapa la malang sangat hari ana ni asyik terjumpa anta ni. Sakit?" Ana bertanya memerli. 'Rasakan, Allah balas cash,' Ana tersenyum sinis.

    "Sakit lah," Zahir mengerutkan wajahnya tanda sakit. Wajah Ana selamba memandang Zahir.

    "Huh, hilang la sifat gentleman anta kalau macam ni," Ana bersuara sambil membetulkan kertas-kertasnya. Selamba. Zahir yang terdengar kata-kata yang keluar dari mulut ana terus berlakon seakan-akan tidak sakit. Dia mengambil tempat di hadapan Ana. Ana tidak berkata apa. Zahir pula memberi focus kepada latihan mathematicsnya.

    "Ish, Susahnya," Zahir bersuara. Ana memandang Zahir. Lalu pandangannya beralih semua ke kerja-kerjanya.

    "Apa yang susahnya?" Ana bertanya selamba. Zahir memandang Ana. Sebuah senyuman terukir di bibir Zahir.

    "Nie ha, saya lemah la dengan soalan log-log nie," Zahir merungut seakan budak kecil.

    "Lah, Log? Senang je lah. Mana soalan?" Ana bertanya. Zahir menghulurkan bukunya kepada Ana. Ana memerhatikan soalan sambil dahinya berkerut. Fikirkan sesuatu lagaknya. Tak sampai setengah minit tangan milik Ana ligat menulis sesuatu di atas kertas kosong. Disilangi dengan jarinya pantas menaip sesuatu di calculator. Tidak sampai 2 minit, Ana menghulurkan semula buku dan kertas kepada Zahir. Zahir tergamam

    "Wow.. Pandainya awak. Eh, apa nama awak," Zahir bertanya. 'Ni kesempatan aku untuk kenal minah awesome nie,' Zahir melompat girang. Ana mengangkat kening. 'Apasal pulak mamat nie nak tau nama aku nie.'

    "Firstly. Can you use the words 'subhanallah?'. Pandai yang ada nie pun Allah yang bagi. Allah lagi pandai. Second, tak payah la nak tau nama ana bagai. Tak penting pun," Ana mengemaskan buku-bukunya dan berlalu pergi. 'wooohoooo, garang gila Ana Sofea ni. Ni yang buat aku suka ni. Saya dah lama tahu nama awak la Ana sofea. Top student kan.' Zahir tersenyum kecil.

 

 "MACAM nie je ke? Senangnya," Afiqah bersuara selepas Ana menerangkan kepadanya subjek mathematics.

    "Yup. Tapi perlukan banyak latihan. Math nie macam-macam bentuk soalannya," Ana menerangkan. Afiqah mengangguk tanda faham.

    "Ana,"

    "Ya?"

    "Kenal Zahir?" Afiqah bertanya.

    "Ketua pelajar tu? bukan satu kolej dah kenal dia ka Fiqah? Suka dia eh?" Ana bergurau.

    "Eh tak la, Dia sukakan Ana," Ana membulatkan mata.

    "Apa Fiqah mengarut petang-petang nie, haha" Ana ketawa kecil.

    "Fiqah tak mengarutlah. Dia suruh sampaikan. Dia cakap dia serius nak dengan Ana," Afiqah bercakap dengan penuh semangat.

    "Uwek!~" Ana buat gaya nak termuntah.

    "Ana!~" Afiqah seakan mahu marah. orang serius, Ana main-main.

    "Hahahaha.. ok-ok. Tapi Ana taknak la," Ana menjawab ringkas.

    "Ana, dia tu lah la hansome, tinggi, Syed pulak tu pluss ketua pelajar. Ramai student perempuan yang terkejar dia sana sini tahu. Dia nak kat Ana tu. Rugi la kalau lepas kan," Afiqah terangkan panjang lebar.

    "Aduh. Taknak la Ana. Nanty berlaku Perang dunia ke 3 pulak," Ana tergelak kecil.

    "Apa pulak jadi macam tu," Afiqah kehairanan.

    "Lah Fiqah. Ana kan tengah bercinta dengan ilmu nie. Tak ada masa la nak bercinta dengan lelaki. Selain berdosa, benda nie akan buang masa Ana, ganggu focus Ana. Nanti jadi ILMU vs LELAKI. Haha!~ Siapa susah?" Afiqah terlopong.

    "Bercinta dengan ilmu? Macam mana tu?" Afiqah bertanya.

    "Macam nie, Niat kerana Allah, belajar betul-betul, jangan menduakan ilmu. Kalau kita sayang ilmu, ilmu akan sayang kita, jadi nanti dalam exam ilmu akan tolong kita untuk mudah jawab. Kalau kita tak bercinta dengan ilmu, ilmu akan jelous and taknak tolong kita time exam, susah la macam tu kan?" Ana menerangkan panjang lebar. Afiqah seperti tadi. Terlopong mulutnya.

    "Puas?" Ana bertanya sambil tersenyum. Afiqah tersenyum tersipu-sipu. 'Bercinta dengan ilmu? Awesome' Afiqah berbisik.

    "Cinta itu hanya layak dimiliki oleh orang yang layak. Allah, Rasul, famili, kawan-kawan dan dan dan? Suami. Jadi Ana kena mahalkan diri ana untuk dapatkan suami yang mahal juga. Bukan murahan," Ana tersenyum.

    "Afiqah pun nak jadi macam Ana la," Afiqah bersuara.

    "Sure. Please join to my club," Ana tersenyum mesra.

 

 "MAAF la Zahir. Ana tak boleh terima kau," Afiqah bersuara. Kawan sekelasnya itu diam. 'Aku ditolak? how come?' Zahir bingung.

    "Tapi kenapa? Apa kurangnya aku?" Zahir bertanya. Dia betul-betul sukakan Ana.

    "Apa kurangnya kau? Mesti lah ada," Afiqah membalas selamba

    "Apa?" Zahir bertanya

   "Sebab kau bukan suami Ana. Tak layak langsung nak dapat cinta dia kalau kau bukan suami dia," Afiqah membalas. Zahir tersentap.

   "Ana tu baik orangnya. Pandai, solehah. Kalau kau betul-betul sukakan dia, means nak menikahi kawan aku tu, kau kena berusaha lah untuk jadi suami dia. Jumpa parents dia may be? Ambil dia dengan cara yang terhormat. Lagipun kita baru di matrikulasi. Panjang lagi perjalanan," Zahir tersenyum kelat. Bagaikan mentol terbang di atas kepala, Tiba-tiba idea baru menghiasi kepala.

    "Afiqah Tolong aku dapatkan number telephon ayah Ana. Aku serius sukakan Ana," Zahir bersuara.

    "InsyaAllah. Tapi jangan awal sangat. Nanti jadi ILMU vs LELAKI pulak," Afiqah dan Zahir ketawa bersama.