Andai rasa diri tidak diterima ramai,
Andai rasa diri dibenci ramai,
Andai rasa diri ditertawa ramai.
Andai rasa tertekan dengan keadaan sekeliling,
Andai rasa tidak mahu hidup dengan sekeliling,
Andai rasa bergelora dengan sekeliling,
Andai rasa bukan tempatmu dengan sekeliling.
Andai rasa tidak layak bergembira,
Andai rasa tidak layak bersuara,
Andai rasa tidak layak bahagia,
Andai rasa tidak layak untuk hidup didunia.
Apa saja rasa yang menjatuhkanmu,
Apa saja rasa yang melemahkanmu,
Apa saja rasa yang membinasakanmu,
Apa saja rasa yang mendosakanmu.
Hanya satu pesananku terhadapmu.
Biar dunia menyepi, asal syurga menari-nari.
Biar bagaimanapun persepsi buruk mereka terhadapmu,
Biar bagaimanapun hinanya dimulut mereka terhadapmu,
Biar bagaimanapun kejinya pandangan mereka terhadapmu,
Biar bagaimanapun pendosanya dihati mereka terhadapmu.
Biarkanlah,
Biarkan.
Lukmanul Hakim,
Tidak terkenal dizamannya,
Namun dijulang al-Quran sepanjang zaman.
Uwais Al-Qarni,
Tidak pernah sempat bertemu nabi,
Fakir pengembala tiada apa,
Walau tinggal sezaman dan hati keingini,
Tapi disebut-sebut Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga.