Selasa, 15 Mac 2016

Gambar: Asrama Puteri Desa View


Alhamdulillah..
Syukur atas segala nikmat yang Allah beri selama ini..

Assalamualaikum w.b.t. semua..
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini..
Saya taklah seberapa pandai di dalam penggunaan blog, namun saya cuba berkongsi apa yang terbaik buat awak semua..

Hari ini saya berminat untuk berkongsi dengan awak semua berkenaan dengan asrama.
Sebelum saya bertukar ke Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) hingga saya kini telah pun berada di semester 3 tahun kedua, saya pernah memasuki International Islamic College (IIC) dalam pengambilan kos Diploma in Islamic Studies with Science Contemporary.

Tapi sayang,
saya hanya ada di sana beberapa hari sahaja.
Ada beberapa perkara yang menyebabkan saya terpaksa keluar dari IIC..
Namun,
ada juga kerinduan.
Teringat sepanjang hari yang berlalu.
Jadi saya ingin berkongsi dengan awak semua gambar suasana asrama yang pernah saya duduki, iaitu Asrama Puteri Desa View..






 
 
Inilah gambar suasana di dalamnya..
Selepas ini saya akan berkongsi gambar suasana asrama/rumsis di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)..
Tunggulah kemunculannya nanti.....
:D

Isnin, 14 Mac 2016

Puisi: Terima Kasih untuk Kehadiran

Sekian lama menyepi, ruang kosong di dalam hati terisi. 
Kata-kata terucap, perasaan yang sukar terungkap. 
Namun, 
melankolik menguasai diri. 
Ku dihadapan manusia hadir tanpa sepi, tapi yang mengetahui diri, 
hanya Dia yang selalu ada menemani.  
 
Babak demi babak aku cuba pertahankan. 
Diam membisu bibirku kelu, namun hatiku hanya Allah yang tahu. 
Keadaan diperlihatkan terbentang luas dihadapan. 
Soal cinta yang terpaksa ku ketepikan, soal persahabatan yang terpaksa aku rungkaikan. 
Sehingga tapak kukuhku goyah, tak terdaya aku untuk kehadapan. 
 
Sedalam yang terungkai, aku sendiri lemas dalam pencarian. 
Menapak aku dalam kegagalan, timbul pula kemaslahatan. 
 
Dalam kufikirkan, 
adakah perlu aku tinggalkan. 
Makna-makna yang tersembunyi hadir dalam menemani walau hanya dizahirkan perbuatan.
Hendak ku tangis namun tiada penggunaan.
Hanya raut dapat ku alih menyembunyikan perasaan.
 
Terima kasih untuk kehadiran. 
Menemani hari dengan senyuman. 
Dalam lantas mencari keikhlasan. 
 
Terima kasih untuk sekian lama ini.
Ku doakan bahagia mu bersama insan yang tersayang disisi.
 
- Nur Ishak -

Khamis, 25 Februari 2016

Jika Berlainan Penerimaan Manusia Terhadap Diri

Andai rasa diri tidak diterima ramai, 
Andai rasa diri dibenci ramai, 
Andai rasa diri ditertawa ramai. 

Andai rasa tertekan dengan keadaan sekeliling, 
Andai rasa tidak mahu hidup dengan sekeliling, 
Andai rasa bergelora dengan sekeliling, 
Andai rasa bukan tempatmu dengan sekeliling. 

Andai rasa tidak layak bergembira, 
Andai rasa tidak layak bersuara, 
Andai rasa tidak layak bahagia, 
Andai rasa tidak layak untuk hidup didunia. 

Apa saja rasa yang menjatuhkanmu, 
Apa saja rasa yang melemahkanmu, 
Apa saja rasa yang membinasakanmu, 
Apa saja rasa yang mendosakanmu. 

Hanya satu pesananku terhadapmu. 
Biar dunia menyepi, asal syurga menari-nari. 

Biar bagaimanapun persepsi buruk mereka terhadapmu, 
Biar bagaimanapun hinanya dimulut mereka terhadapmu, 
Biar bagaimanapun kejinya pandangan mereka terhadapmu, 
Biar bagaimanapun pendosanya dihati mereka terhadapmu. 

Biarkanlah, 
Biarkan. 

Lukmanul Hakim, 
Tidak terkenal dizamannya, 
Namun dijulang al-Quran sepanjang zaman. 

Uwais Al-Qarni, 
Tidak pernah sempat bertemu nabi, 
Fakir pengembala tiada apa, 
Walau tinggal sezaman dan hati keingini, 
Tapi disebut-sebut Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga.